GRAFOLOGI
Ukuran
Tulisan
Ukuran Tulisan Besar: Pemilik tulisan berukuran besar suka
mendapat perhatian oarang banyak, ingin pendapatnya senatiasa didengarkan.
Mereka juga suka memikirkan perkara yang baik-baik, mudah marah dan tidak suka
hanya duduk berpangku tangan.
Ukuran Tulisan Sederhana: Orang yang ukuran tulisannya sederhana adalah
orang yang simple, praktikal, netral dan tenang.
Ukuran Tulisan Kecil: Bertulisan Kecil cenderung bersifat pendiam,
tidak suka menjadi perhatian orang banyak, berjiwa halus dan menitikberatkan
perkara-perkara terperinci.
Tekanan
Tekanan Yang Kuat: Orang yang tekanan tulisannya kuat sehingga
mungkin menyebabkan kesan di balik kertasnya mempunyai emosi yang tinggi
(gembira atau sedih). Dia bisa memaafkan tetapi tidak dapat melupakan apa yang
telah anda dilakukan kepadanya. Dia juga mempunyai keinginan dan tekad
yang kuat serta tidak nyaman melihat sesuatu yang tidak sempurna.
Tekanan Yang Ringan: Pemilik tulisan bertekanan ringan juga biasanya
mempunyai karakter yang santai, tenang dan bertoleransi tinggi. Walau
bagaimanapun golongan ini sukar membuat keputusan dan mudah dipengaruhi. Anda
juga cepat marah tetapi cepat kembali ‘tenang’. Secara umum semakin kuat
tekanan tulisan anda, semakin besar juga emosinya.
Kecondongan/
Kemiringan
Condong/Miring
Ke Kanan: Pemilik
tulisan ini biasanya akan menekankan/ menonjolkan emosi yang ada dan sentiasa
perlu berinteraksi dengan orang lain. Semakin condong ke kanan, semakin
beremosilah anda. Anda cenderung bertindak mengikuti perasaan berbanding
berfikir secara logik dan ini amat disukai oleh peniaga dan pengiklan! Anda
seorang yang ramah, terbuka dan aktif.
Tulisan
Menegak: Orang
yang mempunyai tulisan tegak merupakan seorang yang agak pendiam, tidak suka
mencampuri hal orang lain dan menghindarkan diri dari kedekatan dengan seseorang
serta dapat mengekang emosi dengan baik dalam menghadapi masalah. Malangnya
pemilik tulisan tegak merupakan orang yang tidak pandai menyatakan perasaannya.
Condong/
Miring Ke Kiri: Pemilik
tulisan sebegini dikatakan senang memendam perasaan, takut mengutarakan
perasaan dan tidak gemar bergaul dengan orang lain (introvert). Orang lain merasa
sukar untuk memahami sifatnya karena dia tidak akan menunjukkan perasaan atau
reaksi ketika orang lain sedang ketawa terbahak-bahak. Sebenarnya dia sekedar
merasa janggal untuk tertawa seperti itu.
Condong/
Miring Ke Segala Arah: Orang yang tulisannya condong kesemua arah merupakan
orang yang tidak konsisten (fikiran tidak menentu), sukar diramalkan atau masih
belum mempunyai tujuan hidup yang jelas.
0 comments:
Post a Comment
Thank you for your comments